MBSJ lancar galeri awam alam sekitar tingkat kesedaran komuniti

MBSJ lancar galeri awam alam sekitar tingkat kesedaran komuniti

MBSJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sentiasa komited dalam meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dan pelaksanaan aktiviti kitar semula melalui komuniti di bawah kawasan pentadbiran MBSJ di mana ianya juga merupakan salah satu usaha MBSJ dalam mengurangkan sisa daripada terus dibuang ke tapak pelupusan sampah.

Justeru, dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap aktiviti kitar semula dan kompos bagi komuniti, MBSJ mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Galeri Alam Sekitar dan Kitar
Semula sebagai pusat informasi dan perkongsian ilmu berkenaan inisiatif pengasingan sisa dan kitar semula.

Galeri ini adalah berkonsepkan perkongsian ilmu dan pembelajaran secara learn, play and fun yang dilihat dapat memperkasakan budaya kitar semula dalam kalangan komuniti dengan lebih komprehensif selain menjadi pusat setempat bagi aktiviti kitar semula kepada semua peringkat umur dengan kepelbagaian aktiviti iaitu:

  1. Pameran
  2. Kuiz / permainan beserta cenderamata
  3. Upcycling / Eco Bricks
  4. Sudut pembelajaran aktiviti kitar semula
  5. Taklimat kitar semula
  6. Taklimat kesedaran dan kebersihan sekolah
  7. Lawatan sekolah/orang awam

MBSJ

Pembukaan galeri ini merupakan program kerjasama antara MBSJ dan syarikat Tetra Pak Malaysia serta Pertubuhan Kebajikan Masyarakat melalui Kitar Semula (CRC Box).

Justeru, pada hari ini  iaitu 29 November 2022 (Selasa) YBhg. Dato’ Johary bin Anuar, Datuk Bandar MBSJ telah merasmikan Galeri Alam Sekitar dan Kitar Semula Kompleks 3C, Subang Jaya.

Melalui inisiatif pembukaan galeri ini, pihak Majlis menyasarkan peningkatan kadar kitar semula pada tahun 2030 sebanyak 30% melalui pelaksanaan program kesedaran alam sekitar dan aktiviti
kitar semula yang dijalankan secara berterusan sepanjang setiap tahun.

Selain itu dalam majlis ini juga, Yang Berbahagia Datuk Bandar turut menyampaikan hadiah Program Kutipan Kitar Semula Sekolah MBSJ 2022 yang telah bermula pada bulan Januari sehingga September 2022.

MBSJ

Berkonsepkan 5R iaitu Rethink, Refuse, Reduce, Reuse dan Recycle, program ini berjaya menarik sebanyak 11 penyertaan di mana lima (5) penyertaan daripada sekolah rendah dan enam penyertaan daripada sekolah menengah dengan jumlah keseluruhan kutipan barangan kitar semula sebanyak 12, 397.05 kilogram bersamaan 12.40 tan .

Pelaksanaan program ini mendapat jalinan kerjasama dan komitmen daripada rakan sinergi iaitu Farser & Neave Holdings Berhad (F&NHB) selaku penaja serta mendapat sokongan Pejabat  pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana untuk memastikan impak program dapat dilaksanakan dengan lebih komprehensif.

Pada hari ini juga, MBSJ turut berbesar hati menyumbangkan set tong kitar semula berkapasiti 660 liter kepada enam (6) buah sekolah yang layak atas inisiatif melaksanakan kutipan kitar semula melebihi 500 kilogram.

MBSJ

Program ini juga merupakan sebahagian daripada usaha mendokong agenda global di bawah Sustainable Development Goal (SDG) SDG 12 : Responsible Consumption and Production dengan
pengurangan penjanaan sisa melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula dan penggunaan semula secara signifikan. Pada masa akan datang, MBSJ turut berhasrat untuk menjadikan Galeri
Kitar Semula ini sebagai pusat setempat bagi sebarang program kitar semula yang akan melibatkan sekolah dan komuniti.

Diharapkan dengan pelaksanaan program kitar semula dan pelancaran Galeri Alam Sekitar ini menjadi satu langkah paling berkesan dalam usaha mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sampah dalam bentuk sisa pepejal ke tapak pelupusan selain dapat meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan sekali gus memupuk sikap memelihara dan memulihara alam sekitar disetiap lapisan masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya