Masyarakat Gerik terima baik - Asyraf Wajdi 

Masyarakat Gerik terima baik – Asyraf Wajdi 

ASYRAF Wajdi Dusuki (tengah) bermotosikal bersama jentera BN ketika kempen PRU15 di Gerik, Perak. - GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gerik,  Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kagum terhadap sikap peramah dan mudah mesra masyarakat di Gerik semasa beliau menjalankan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda UMNO itu ternyata gembira dengan sambutan masyarakat di Gerik yang menerima baik kehadirannya bertanding di Parlimen itu.

Perkara itu dikongsi Asyraf Wajdi yang membuat hantaran beserta gambar-gambar beliau bersama penduduk di Gerik dalam Facebook beliau semasa kempen PRU15.

“Ronda-ronda naik motor di sekitar Felda Nenering. Sempat ziarah kasih di beberapa rumah keluarga Felda di sini. Gambar-gambar menceritakan segalanya – Ramah, mudah mesra dan terserlah keakraban hubungan silaturrahim masyarakat di sini,” katanya. 

Penerimaan baik masyarakat Gerik terhadap beliau sebagai calon BN di Parlimen itu menafikan dakwaan pemimpin dan akar umbi UMNO di situ menolak kehadiran beliau sebagai calon luar.

Sebaliknya, pemimpin dan akar umbi UMNO Gerik sudah berikrar untuk menerima dan menyokong Asyraf Wajdi sebagai calon BN.

Ini kerana mereka mahu mengutamakan kemenangan kepada parti selain prinsip taat setia dan wala’ atau kecintaan dan kesetiaan tanpa berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan BN.

Kata mereka, apabila keputusan sudah dibuat oleh pucuk pimpinan, akar umbi di Gerik  semuanya menerima kerana mereka setia kepada parti dan mengambil kira parti menjadi keutamaan dan pendirian adalah sekadar pendirian. 

Asyraf Wajdi ditentang Fathul Huzir Ayob (Perikatan Nasional) serta Ahmad Tarmizi Mohd. Jam (Pakatan Harapan) di Parlimen Gerik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya