Manifesto GTA diumum esok

Manifesto GTA diumum esok

MAHATHIR Mohamad (kanan) bersama Rafique Rashid (dua dari kanan) memberikan lencana kepada seorang pengunjung OKU pasar malam Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Gerakan Tanah Air (GTA) akan memperkenalkan manifestonya esok sebagai tawaran istimewa kepada pengundi yang memilih gabungan parti itu pada 19 November ini. 

Namun, Pengerusi GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau enggan mendedahkan butiran manifesto tersebut. 

“Manifesto tersebut banyak berkisar tentang mewujudkan kerajaan yang bersih. Tapi, kita tidak mahu janji yang bukan-bukan,” katanya selepas melakukan kempen dengan calon GTA bagi Parlimen Shah Alam, Rafique Rashid di pasar malam Seksyen 24, di sini, petang tadi. 

Dalam pada itu, beliau menyindir semua parti sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) yang memperkenalkan manifesto masing-masing, didakwanya tidak mampu merealisasikan apa yang mereka janjikan. 

Justeru itu, kata Mahathir, mewujudkan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah adalah lebih penting daripada memperkenalkan manifesto. 

Dalam hal berbeza, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa GTA perlu membuat gabungan dengan parti politik lawan sekiranya tidak ada mana-mana gabungan politik yang mempunyai kerusi majoriti di Parlimen. 

“Tapi kalau bergabung dikhuatiri akan bergolak seperti yang dahulu (selepas PRU14). 

“Jadi saya harap, rakyat dapat memenangkan kita dengan kerusi yang paling banyak pada hari mengundi nanti,” ujarnya. _ UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya