Manifesto BN, PH, PN dan GTA mampu perkasa demokrasi

Manifesto BN, PH, PN dan GTA mampu perkasa demokrasi Malaysia – Bersih 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyifatkan manifesto empat gabungan politik terbesar negara iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) menjanjikan reformasi yang mampu memperkasa demokrasi di negara ini. 

Bersih berkata, walaupun manifesto parti-parti politik tidak sepenuhnya komprehensif seperti dituntut gerakan itu, namun janji untuk memperkasa, mengembalikan keyakinan dan menyediakan ketelusan terhadap institusi awam sebagai satu kemajuan. 

“Bersih memuji pembuat manifesto yang mengutamakan kemasukan reformasi institusi dalam manifesto mereka, ini adalah langkah ke arah yang betul terhadap ‘persaingan parti yang diprogramkan’ menyaksikan gabungan politik bersaing berdasarkan polisi dan program dan bukan retorik kaum serta agama. 

“Reformasi institusi diperlukan untuk mencapai reformasi jangka panjang yang mapan serta menyediakan semak dan imbang yang berkesan terhadap demokrasi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Bersih gembira kerana PH dan BN menjanjikan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya sementara GTA ‘agak kabur’ dan PN tidak memberi iltizam terhadap isu tersebut. 

Katanya, satu lagi agen perubahan adalah janji memperkasa Parlimen meneliti pelantikan jawatan utama kerajaan seperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Gabenor Bank Negara. 

“Ini adalah langkah baik daripada BN, PH dan GTA untuk memperkasa peranan parlimen dan mengurangkan kuasa di tangan eksekutif terutama Perdana Menteri, dan sekali lagi, PN membisu terhadap reformasi ini.

“Kesemua gabungan berjanji memperkenal undang-undang pembiayaan politik, dengan BN, PH dan GTA mengkhususkan iltizam menggubal Akta Pembiayaan Politik, sementara PN hanya berjanji untuk melarang sumbangan asing kepada parti politik,” katanya. 

Sementara itu, Bersih mengalu-alukan manifesto BN mengkaji penurunan kuasa Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi meningkatkan keefisienan dan memperkasa semangat Federalisme, walaupun butirannya tidak terperinci. 

Katanya, PH layak dipuji atas kesanggupan gabungan itu mengangkat reformasi lebih meluas seperti menggubal Akta Penggal Tetap Parlimen, Akta Perkhidmatan Parlimen, jabatan khusus untuk belanjawan parlimen dan menggubal had penggal Perdana Menteri dan Ketua Menteri.

“Manifesto PH juga satu langkah ke hadapan dengan janji melindungi kebebasan bersuara dengan komitmen untuk menyemak dan menghapuskan Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 

“Janji untuk mengembalikan Akta Kebebasan Maklumat dan meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga akan membantu ketelusan pentadbiran yang lebih baik serta membolehkan media membuat laporan dengan lebih berkesan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya