Manfaatkan peluang menentukan kerajaan - Anwar - Utusan Malaysia

Manfaatkan peluang menentukan kerajaan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat seluruh negara digesa memanfaatkan peluang memilih kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PRU15 bukan berkisar kepada soal mahu menukar Perdana Menteri sebaliknya untuk menyelamatkan negara.

“Pilihan raya ini bukan soal menukar Perdana Menteri. Pilihan raya ini merupakan peluang terbaik untuk menyelamatkan negara dan melakukan perubahan yang menyeluruh memulihkan negara kita tercinta.

“Tiap lima tahun sekali saudara mempunyai kuasa menentukan ke mana hala tuju negara.

“Tiap lima tahun sekali, saudara mempunyai kuasa menentukan kerajaan bagaimana yang saudara impikan. Manfaatkanlah kuasa demokrasi di tangan saudara dengan sebaik mungkin,” katanya dalam satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung di halaman Facebook beliau.

Anwar yang bakal diangkat sebagai Perdana Menteri jika PH menang PRU15 berkata, antara agenda perjuangan PH adalah untuk membela nasib penjawat awam.

“Kita komited menyokong dan menjaga kebajikan semua penjawat awam. Segala matlamat yang digariskan ini tidak mampu dicapai tanpa dukungan mereka dan kepimpinan yang terampil daripada pasukan Harapan,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata, satu sistem ekonomi yang membela nasib semua pihak perlu direncanakan melalui kaedah memperkasa usahawan, selain menggalakkan perkembangan inovasi.

“Kita amat memerlukan satu kebijakan yang akan mendukung lebih 1.2 juta pengusaha kecil dan usahawan yang menjadi tulang belakang ekonomi dalam melonjakkan negara keluar daripada kemelut pandemik.

“Kita mesti menggalakkan inovasi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang berkualiti dengan upah yang tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya