Mampukah Aminuddin gugat Anwar Ibrahim, Faizal Azumu? - Utusan Malaysia

Mampukah Aminuddin gugat Anwar Ibrahim, Faizal Azumu?

AMINUDDIN Md. Hanafiah ,menyampaikan ucapan di program perjumpaan santai bersama Jentera Barisan Nasional di Pejabat UMNO Bahagian Tambun di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Berdepan dua nama besar di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Datuk Aminuddin Md. Hanafiah yakin beliau juga mempunyai peluang untuk menang.

Calon Barisan Nasional (BN) itu berkata, kekuatan BN di peringkat akar umbi menjadi kelebihan untuk mengalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyandang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurutnya, UMNO Bahagian Tambun mempunyai 90 cawangan yang memudahkan gerak kerja dengan berkesan.

Sedangkan parti lain, katanya, yang mungkin ada keupayaan seperti BN adalah Pas.

“Pada PRU14, BN adalah giant tetapi kita kecundang kerana gelombang penolakan itu bera­sal daripada silent majority.

“Jadi, silent majority ini yang akan membentuk gelombang ke mana hala tuju PRU ini nanti.

“Kemungkinan silent majo­rity ini, mereka tidak mengambil kira orang pasang banner atau apa atau menghentam orang dalam media sosial.

“Mereka ini sudah ada pendapat sendiri. Mereka inilah kalau saya jumpa kat masjid ‘Datuk, don’t worry’. Saya percaya mereka ini tak vokal pun di dalam Facebook.

“Jadi inilah silent majority yang akan menjadi silent killer sekiranya mereka merasakan perlu balik kepada BN,“ katanya kepada Utusan Malaysia.

Aminuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tambun berkata, akar umbi merupakan kekuatan BN.

Menurutnya, gerak kerja pe­ringkat bawah lebih banyak dilakukan UMNO kerana mempunyai ejen dalam kampung serta kawasan perumahan.

“Jadi, itu sebab kita berbeza. Kita tengok PH, mana ada dia masuk ke dalam, ke bawah.

“Yang buat kerja ini hanya BN dan Pas. PN pun Bersatu tum­pang Pas sedangkan UMNO dan Pas ada akar umbi. Akar umbi asas kekuatan parti “ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya