Liputan media arus perdana keistimewaan BN menang PRU15

Liputan media arus perdana keistimewaan BN menang PRU15

DR. JAMAIE HAMIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liputan meluas daripada media arus perdana terhadap kerajaan sementara menjadi keistimewaan Barisan Nasional (BN) untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Dengan akses lebih besar daripada media melalui televisyen, akhbar dan radio, BN dapat menarik lebih ramai rakyat mengundi gabungan itu pada pilihan raya yang berlangsung 19 November ini. 

Keadaan itu juga menjelaskan keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa BN yakin menang dalam pilihan raya kali ini, sekali gus membentuk kerajaan Persekutuan. 

Bagaimanapun, kemenangan ‘diimpikan’ hanya dapat dibuktikan selepas mengundi manakala keyakinan dilaungkan adalah perang psikologi untuk menewaskan seteru utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Jamaie Hamil berkata, Ismail Sabri selaku kerajaan sementara mempunyai akses kepada liputan media yang lebih luas manakala gabungan politik lain tidak mempunyai keistimewaan yang sama. 

Katanya, kerajaan mendapat liputan media 90 peratus semasa berkempen melalui televisyen, akhbar dan radio walaupun propaganda yang disebarkan ‘tidak semestinya benar sehingga terbukti benar’ pada hari mengundi. 

“Walaupun mereka yakin, tetapi ini hanya perang psikologi yang bermakna propaganda yang akan diulang-ulang supaya mungkin memberi daya penarik kepada pengundi. Ini kerana, sebagai kerajaan sementara, beliau ada akses untuk muncul di mana-mana media arus perdana. 

“Pembangkang tidak menggunakan jentera-jentera kerajaan dan lambang parti untuk terbit di media seperti ini kerana masih mengamalkan cara lama seperti memakai baju dan lambang parti. BN pula masuk televisyen namun tanpa PN sedangkan kedua-duanya adalah kerajaan. 

“Jika lihat kecenderungan hingga hari ini, kekuatan jajaran politik utama ini adalah seimbang, saling mempunyai kelebihan dan saya tidak fikir BN akan menguasai majoriti kerusi Parlimen,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Dalam rancangan Ruang Bicara Khas Kestabilan & Kemakmuran Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di televisyen malam semalam, Ismail Sabri yakin menang PRU15 sekali gus membentuk kerajaan Persekutuan. 

Katanya, tanda-tanda kemenangan dan perubahan sokongan rakyat terhadap BN boleh dilihat secara jelas sepanjang beberapa hari berkempen pada ketika ini.

Sehari sebelum itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli turut menyatakan keyakinan PH menang lebih 90 kerusi Parlimen pada PRU15 kerana pembangkang berada dalam keadaan paling baik, malah menang di kubu kuat iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya