Lima tahun pelbagai manfaat untuk rakyat jika BN menang - PM

Lima tahun pelbagai manfaat untuk rakyat jika BN menang PRU15 – PM

ISMAIL SABRI Yaakob (dua dari kiri) hadir pada program ramah mesra bersama penduduk Bandar 32 di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai perancangan memanfaatkan rakyat akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang jika Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Perdana Menteri berkata, sebelum ini dalam masa setahun empat bulan, kerajaan berjaya membawa rakyat keluar daripada pandemik Covid-19.

“Kita mempunyai masa setahun empat bulan, waktu amat singkat dan ketika saya mengambil alih, isu terbesar adalah nyawa manusia.

“Kita berdepan 24,000 kes positif Covid-19, kita berdepan beratus kematian harian dan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital hampir lumpuh, jadi fokus kita peringkat awal isu Covid-19. Sektor ekonomi semua ditutup, kita nak buka semula.

“Kita berjaya turunkan Covid-19 sehingga semua sektor dibuka rakyat hidup seperti biasa tapi kita hanya ada satu tahun empat bulan,” katanya dalam sidang akhbar selepas program ramah mesra bersama penduduk Bandar 32 di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, jika diberikan mandat pada PRU15 ini, beliau berjanji lebih banyak perancangan untuk rakyat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya