Lima rumah orang Asli di Kampung Juang terjejas tanah runtuh

Lima rumah orang Asli di Kampung Juang terjejas tanah runtuh

KEADAAN rumah yang terjejas akibat tanah runtuh di Kampung Juang dekat Simpang Pulai dekat Ipoh, Perak. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak lima buah rumah yang didiami penduduk Orang Asli terjejas berikutan kejadian tanah runtuh dekat Kampung Juang, Simpang Pulai di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 10.05 malam dan disahkan tiada mangsa cedera.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemantauan dan operasi menyelamat.

“Runtuhan tanah yang berlaku pada sebelah petang menyebabkan sebahagian rumah penduduk tertimbus.

“Terdapat 20 orang mangsa di kawasan berkenaan dan mereka disarankan berpindah ke kawasan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya