Lima Aku Janji Ka Siong untuk warga Ayer Hitam

Lima Aku Janji Ka Siong untuk warga Ayer Hitam

WEE Ka Siong (kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon menunjukkan Lima Aku Janji yang dilancarkan di Taman Kota, Yong Peng.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mempertaruhkan Lima Aku Janji untuk dibawa ke kawasan Ayer Hitam dan Yong Peng.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, Lima Aku Janji untuk lima tahun akan datang adalah meliputi Yong Peng sebagai hab pertanian moden serta menarik pelaburan dan mencipta kejayaan baharu.

Katanya, turut tersenarai dalam aku janji itu adalah menjadikan Ayer Hitam sebagai hab pengangkutan darat, merancakkan sektor pelancongan dan menjadikan belia sebagai pemangkin masa depan.

“Untuk menjadikan Yong Peng sebagai hab pertanian moden adalah kerana bertujuan membantu petani dalam mempromosikan program pemodenan pertanian serta lain-lain insentif yang mampu merancakkan industri dan menjana pendapatan rakyat.

“Di samping itu, untuk menarik pelaburan keakraban hubungan diplomatik perlu diadakan dengan membina kilang-kilang besar di Ayer Hitam, sekali gus mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan manakala untuk mencipta kejayaan baharu adalah
mencipta lebih banyak pembangunan dan menarik minat generasi muda untuk kekal di Ayer Hitam,” katanya selepas melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Ayer Hitam di Taman Kota, Yong Peng dekat sini, sebentar tadi.

Beliau yang juga Presiden MCA berkata, untuk menjadikan Ayer Hitam sebagai hab pengangkutan darat, ia tertakluk sekiranya projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura dipersetujui olel Malaysia dan Singapura diteruskan.

“Saya akan memperjuangkan untuk pembinaan stesen di Ayer Hitam memandangkan ia lokasi strategik bagi merangsang pertumbuhar ekonomi tempatan.

“Dalam itu, turut menjadi keutamaan adalah memanfaatkan kemudahan Lebuhraya Utara-Selatan, jalan raya Persekutuan FTO1 dan FT50, dengan membina lebih banyak jaringan pengangkutan awam bagi menghubungkan kawasan-kawasan lain seiring kewujudan steen HSR di Ayer Hitam nanti,” katanya.

Langkah tersebut secara tidak langsung menjadikan Ayer Hitam sebagai hab pengangkutan dart Zon Tengah Johor akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui jaringan pengangkutan yang mudah diakses.

Menurut Ka Siong, dua lagi aku janji adalah merancakkan sektor pelancongan dan menjadikan belia pemangkin masa depan yang menggabungkan keunikan Yong Peng, Paloh dan Bekok yang terletak di bahagian tengah Johor sebagai ‘Segi Tiga Emas Pelancongan’ serta banyak lagi pelancongan lain.

“Untuk belia, kita menawarkan lebih banyak peluang bagi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan menyediakan lebih banyak biasiswa untuk generasi muda selain membuka peluang bekerja sambil belajar untuk generasi muda dan menawarkan peluang latihan termasuk secara dalam talian dan lain-lain lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya