Laungan 'undur Zahid' bergema di Menara Dato' Onn

[VIDEO] Laungan ‘undur Zahid’ bergema di Menara Dato’ Onn

SEBAHAGIAN ahli UMNO yang melaungkan 'Zahid Undur' di lobi Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Laungan ‘undur-undur, undur Zahid’ terus bergema di Menara Datuk Onn apabila kira-kira 20 orang penyokong parti itu berkumpul bagi meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk meletak jawatan.

Difahamkan, desakan itu dibuat penyokong daripada UMNO Bahagian Bukit Bintang dan UMNO Bahagian KLCC selepas Ahmad Zahid gagal memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

RAKAMAN video ahli-ahli UMNO yang kecoh melaungkan ‘Undur Zahid’ di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur tengah hari tadi.  

Keadaan itu berikutan BN mencatatkan kemenangan kerusi paling rendah dalam sejarah apabila hanya memenangi sebanyak 30 kerusi Parlimen sahaja.

 RAKAMAN video Gerakan Baju Merah melaungkan perkataan ‘Undur Zahid’ di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, tengah hari tadi. 

Menurut Ketua UMNO Cawangan KLCC, Datuk Seri Dzulkarnain Taib, kegagalan UMNO pada PRU15 harus digalas oleh Ahmad Zahid selaku ‘kepala’ kepada parti keramat orang Melayu itu.

“Bukan kita tidak sayang Ahmad Zahid, kita hormati dia tetapi seseorang perlu ‘pay the price’. Dalam hal ini, beliau kena ambil tanggungjawab sepenuhnya untuk kegagalan BN buat kali kedua,” katanya.

Setakat kini, keadaan di Menara Dato’ Onn masih ramai dengan para media yang menunggu perkembangan terkini mengenai hala tuju UMNO BN sama ada ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya