Laungan katak hangatkan penamaan calon Parlimen Larut - Utusan Malaysia

Laungan katak hangatkan penamaan calon Parlimen Larut

SEBAHAGIAN penyokong BN yang menunggu proses penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Selama, Selama hari ini. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Laungan katak, parti katak dan hancur barisan menghangatkan suasana di luar pusat penamaan calon Parlimen Larut di Pejabat Daerah dan Tanah Selama, Selama di sini hari ini.

Provokasi tersebut bagaimanapun tidak menimbulkan kekecohan membabitkan penyokong ekoran setiap parti telah di tempatkan di lokasi berbeza.

Terdahulu, pegawai dan anggota polis melaksanakan kawalan keselamatan di pusat penamaan calon seawal 7 pagi bagi memastikan proses penamaan berjalan lancar.

Penyandang kerusi Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dijangka berhadapan pertandingan empat penjuru bagi kerusi sama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pada PRU14, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri menang Parlimen Larut atas tiket BN dengan menewaskan calon PKR, Khairil Anuar Akhiruddin dan calon Pas, Abu Husin Mohmmad dengan majoriti 4,486 undi.

Hamzah memperoleh 18,184 undi manakala Khairil Anuar (7,738) dan Abu Husin (13,698).

Hamzah kemudian keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu pada 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN