Laungan Abah bergema di Pusat Media Utama PN

Laungan ‘Abah’ bergema di Pusat Media Utama PN

ABDUL Hadi Awang hadir pada pengumuman keputusan PRU15 PN di Hotel & Golf Resort Glenmarie di Shah Alam, Selangor. semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Laungan ‘Abah’ bergema di Pusat Media Utama Perikatan Nasional (PN) di Glenmarie Hotel & Resort, sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kerusi Parlimen Pagoh yang dimenangi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung dari Pusat Penjumlahan Undi Pagoh menerusi skrin di Pusat Media Utama PN di sini, kira-kira pukul 11.30 malam ini.

Muhyiddin memperoleh 24,986 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah yang mendapat 14,979 undi dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim yang hanya mendapat 14,426 undi.

Muhyiddin bagaimanapun tidak hadir di Pusat Media Utama di sini kerana difahamkan sedang mempengerusikan mesyuarat dengan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia berikutan kematian calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md. Yunus Ramli, awal pagi ini.

Yang hadir sama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya