Lapan beranak ‘bersesak’ dalam bangsal - Utusan Malaysia

Lapan beranak ‘bersesak’ dalam bangsal

ZURAINI Fauzi (tengah) bersama tujuh anaknya terpaksa bersesak di dalam sebuah bangsal usang akibat kesempitan hidup di Kampung Kuala Ayer Merah,Machang, Kelantan. – UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Lapan beranak dari Kampung Kuala Ayer Merah, di sini terpaksa bersesak di dalam sebuah bangsal usang yang asalnya dijadikan sebagai tempat menyimpan barangan terpakai akibat masalah kesempitan hidup sejak sebulan lalu.

Zuraini Fauzi,47, berkata, sebelum ini, dia sekeluarga menyewa di sebuah rumah dengan kadar sewa sebanyak RM100 sebulan namun terpaksa ‘berpindah’ keluar kerana tidak mampu untuk membayarnya.

Menurutnya, dia dan tujuh anaknya yang berusia tiga hingga 18 tahun terpaksa berteduh di bangsal berkenaan kerana tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya yang lain.

“Walaupun keadaan bangsal ini agak sempit dan kami terpaksa berhimpit untuk tidur, namun saya tetap bersyukur kerana masih ada tempat untuk berteduh.

“Bangsal ini hanya ada ruang untuk tidur sahaja, manakala untuk mandi, saya dab anak-anak terpaksa menumpang di rumah kakak atau ibu yang berdekatan,” katanya ketika ditemui di bangsalnya selepas menerima kunjungan daripada Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed yang menyampaikan bantuan di sini,semalam.

Zuraini memberitahu, kehi­dupannya kini bergantung sepenuhnya kepada pendapatan sebanyak RM50 sehari sebagai buruh binaan bagi menyara anak-anak yang masih kecil dan bersekolah.

Katanya, akibat kesempitan hidup, dia terpaksa menyerahkan dua orang anak kepada saudara terdekat ketika dia berusia tiga hari.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya