Lantikan Kabinet masih 'bergelora', ingatan Anwar

Lantikan Kabinet masih ‘bergelora’, ingatan Anwar kepada bakal menteri

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan penjawat awam selepas Perjumpaan Perdana Menteri Bersama penjawat awam di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan mana-mana ahli Parlimen yang bakal dilantik menganggotai barisan Kabinet menghormati proses kerjasama dengan penjawat awam sebagai tonggak dalam mencipta kejayaan negara.

Perdana Menteri berkata, walaupun proses lantikan anggota Kabinet masih dalam tempoh ‘bergelora’, namun beliau mahu menasihatkan rakan-rakannya yang dipilih sebagai menteri dalam masa terdekat mengekalkan sistem peraturan tadbir urus yang cekap.

“Dalam sejarah satu negara, kerajaan silih berganti, pimpinan juga silih berganti, tetapi penjawat awam sebagai tonggak mentadbir, mengurus itu kekal dengan maksud mengangkat satu sistem dan peraturan negara yang tegak dengn hukum.

“Negara hukum dan peraturan ini mengandaikan wujudnya satu sistem perkhidmatan awam yang cekap dan cekal,” katanyaketika berucap di hadapan kira-kira 350 penjawat awam dalam pertemuan kali pertama dengan golongan berkenaan di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Berdasarkan pengalaman beliau dalam memimpin kerajaan satu ketika dahulu, Anwar berkata, ramai mengandaikannya seorang Menteri Kewangan yang berhasil dan berjaya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, atas rasa tanggungjawab dan tawaduk tidak mungkin seorang insan sebagai menteri mencatat apa jua kejayaan tanpa tonggak perkhidmatan awam yang membantu.

“Saya mengalami di banyak kementerian seperti Kementerian kebudayaan, Belia dan Sukan, Pertanian dan Kewangan serta pernah berada di beberapa institusi. Itu saya beroleh manfaat walaupun pertamanya saya mendengar pandangan dari pegawai-pegawai penjawat awam terutamanya yang mempunyai pengalaman lama dalam pengkhususan mereka

“Kalau saya buat cadangan balas dan teguran hanya setelah saya menghadam apa yang telah berlaku berdasarkan pengalaman mereka, kepintaran mereka dengan kecekalan kita dan minat tidak akan sama dengan pengalaman.

“Sebab itu saya akan menasihatkan rakan-rakan dipilih sebagai menteri dalam masa singkat ini, (walaupun pelantikan) masih zaman bergelora, untuk mereka menghormati proses itu,

“Saya nak beri jaminan kepada saudara bahawa sistem tonggak perkhidmatan itu kekal. Tapi dengan maksud ada minat utk selalu mengangkat martabat insan dan perkhidmatan awam.,” katanya. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya