LACF ketengah warisan tidak ketara - Utusan Malaysia

LACF ketengah warisan tidak ketara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan Festival Seni Hidup (LACF) bermula semalam sehingga Ahad di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC, Norazman Othman, program tiga hari itu menghimpunkan Warisan Kebangsaan dan kesenian yang kurang diketengahkan seterusnya menjadi pencetus kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan.

“Penganjuran program ini mencermikan komitmen negara dalam melindungi warisan tidak ketara, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara (Daken) yang memfokuskan kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya.

“Pada tahun ini, LACF menampilkan warisan tidak ketara daripada enam negara antaranya Malaysia, Jepun, India dan Indonesia. Antara kesenian yang ditonjolkan adalah Silat Dalam Talam, Tango, Opera Cina Kun Qu,Kalaripayattu, Kumiodori dan Tarian Klasik Jawa.

“Selain persembahan kesenian, penonton juga telah disajikan sebuah dokumentari khas, Longquan Celadon dengan kerjasama Zhejiang Provincial Department of Culture and Tourism China,” katanya.

Tambah Norazman, program berbentuk keilmuan seperti Intelek Seni, Bengkel Asas Seni Kaligrafi Khat dan program bual bicara turut diselaraskan pelbagai agensi kebudayaan serta kesenian dengan kerjasama beberapa persatuan.

“Kami turut melancarkan buku Keindahan Kain Tenun Songket Malaysia. Penerbitan buku ini juga memberi gambaran lebih jelas dengan penggunaan teknologi Augmented Reality (AR) selaras dengan usaha transformasi digital JKKN.

“Malah, tiga pertandingan pencungkilan bakat antaranya pertandingan nyanyian lagu Melayu asli yang telah diadakan selain pertandingan memasak citarasa Adabi. Penonton juga berpeluang mempelajari masakan tradisional dalam Program Jom ke Dapur Warisan.

“Selain itu, LACF 2022 turut menampilkan Cerita Kejayaan Tokoh Warisan Orang Hidup dan penggiat seni dan Pameran Hikayat Fandom, The Legend Games@MaTiC,” katanya.

Sementara itu, jelas Norazman, usaha memastikan kelangsungan seni budaya dalam memperkasakan pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah negara menjadi agenda penting setiap agnesi melibatkan kesenian serta kebudayaan.

“Selain itu, kerjasama serampang dua mata bagi memperkenalkan keindahan warisan tidak ketara dari pelbagai negara juga menjadi satu titik tolak dalam memperkukuhkan persahabatan dan kerjasama strategik dalam seni budaya”, ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya