Ku Nan, Radzi 'bertembung' ketika lawat mangsa kebakaran

Ku Nan, Radzi ‘bertembung’ ketika lawat mangsa kebakaran

KU Nan dan Radzi Jidin dilihat 'bertembung' ketika menyantuni mangsa kebakaran di sebuah pangsapuri di Presint 17, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua calon P125 Parlimen Putrajaya melupakan sementara kempen politik masing-masing apabila dilihat ‘bertembung’ ketika menyantuni mangsa kebakaran di sebuah pangsapuri di Presint 17, di sini malam tadi.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) dan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Radzi Jidin ditemui ketika turun padang bagi meninjau insiden berkenaan.

Berdasarkan beberapa keping gambar di kongsi di Facebook, kedua-dua calon itu turut dilihat berjabat tangan sebelum bertanya khabar mangsa yang terjejas dalam kebakaran itu.

Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, sebuah bilik utama di tingkat 17 sebuah unit pangsapuri di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Selasih di sini, musnah dalam kebakaran itu.

Bagaimanapun, insiden itu tidak membabitkan kemalangan jiwa kerana penghuni tiada di rumah ketika kejadian berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Putrajaya, Mohd Afizi Zolkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 6.54 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama 33 anggota dan pegawai dari balai Presint 7 dan 14.

Beliau berkata, pihaknya juga terpaksa memecahkan pintu unit kediaman bagi memadamkan kebakaran itu.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 8 malam dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.44 malam. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Kejadian disedari jiran mangsa selepas terhidu bau asap dan melihat mendapati kepulan asap keluar dari unit kediaman itu,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Sementara itu, Radzi menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau bergegas ke lokasi kejadian selepas solat Isyak sebaik dimaklumkan penduduk setempat.

“Alhamdullillah kebakaran dapat dikawal dan tiada kemalangan jiwa berlaku. Sama-sama kita doakan agar pemilik kediaman dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Dalam pada itu, Ku Nan turut menyalurkan bantuan awal dari Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Putrajaya kepada mangsa kebakaran. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya