Ku Li akui jentera BN ampuh

Ku Li akui jentera BN ampuh

TENGKU Razaleigh Hamzah (tengah) bersama jentera Pemuda UMNO bahagian Gua Musang di Balai Rakyat Bukit Cekati di Gua Musang, Kelantan, semalam. UTUSAN/ AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jentera Barisan Nasional (BN) dilihat lebih ‘ampuh’ untuk berkempen dan memikat hati para pengundi dalam dalam usaha memenangkan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata, keyakinan itu berpandukan kepada pengalaman dan gerak kerja yang telah dilakukan oleh jentera dalam PRU sebelum ini.

“Jentera BN ini bukan ditubuh dalam sehari dua sebelum PRU. BN mempunyai jentera yang telah pun ditubuhkan dan saya yakin kita mampu menang.

“Kita latih mereka cuma tak begitu ‘kuat’ selepas pilihan raya lepas (PRU14). Tetapi berbulan-bulan sebelum ini apabila ada ura-ura nak adakan PRU dengan cepat, kita pun dah bersedia dah latih,” katanya selepas merasmikan Jentera UMNO Bahagian Gua Musang sempena PRU15 di Balai Rakyat Bukit Cekati di sini, semalam.

Ku Li memberitahu, keyakinan terhadap jentera BN perlu disemai dengan sebaik mungkin bagi mengimbangi kekuatan pihak lawan.

“Orang yang nak lawan pun mestilah buat persediaan juga. Ini nak langgar tembok yang besar dan kukuh bukanlah mudah bagi mereka pun. 

“Jadi kita tak kata ‘over confident’ atau kita tak begitu lemah, jadi kita sedialah nak hadapi serangan daripada musuh politik,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya