SAMBUTAN Hari Habitat Sedunia adalah satu sambutan peringkat global yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat) bagi meningkatkan kesedaran akan kepentingan membangunkan petempatan manusia yang selamat, selesa, kondusif sejak tahun 1986.
Sambutan ini diraikan oleh kebanyakan negara anggota UN-Habitat termasuk Malaysia.
Sambutan Hari Habitat Sedunia peringkat Malaysia (SHHS) diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selaku Kementerian peneraju (focal ministry) dan bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan UN-Habitat di Malaysia.
Tujuan Hari Habitat Sedunia disambut di seluruh dunia adalah untuk memperingati dan menyedarkan kita semua bahawa setiap manusia perlu mempunyai tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk didiami serta kemudahan-kemudahan asas.
Ia juga bertujuan mengingatkan masyarakat dunia mengenai tanggungjawab kolektif untuk menjaga petempatan sedia ada bagi melindungi dan membentuk masa depan habitat manusia yang lebih baik
Hari Habitat Sedunia disambut pada Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun yang mana pada tahun ini jatuh pada 3 Oktober 2022.
Setiap negara ahli UN-Habitat digalakkan untuk menyambut Hari Habitat Sedunia di negara masing-masing dengan menganjurkan aktiviti atau program yang selari dengan objektif Hari Habitat Sedunia mengikut tema yang telah ditetapkan.
Sambutan peringkat global atau World Habitat Day Global Observance dianjurkan oleh UN-Habitat dan di sambut di Balikesir, Turkiye.
Tema bagi Sambutan Hari Habitat Sedunia bagi tahun 2022 adalah Mind the Gap. Leave No One and Place Behind (Rapatkan Jurang. Tiada Sesiapa mahu pun Tempat yang Ketinggalan). Fokus utama tema sambutan adalah berkenaan ketidakseimbangan dalam aspek perbandaran dan penempatan yang dihadapi oleh penduduk dunia. Tema ini akan melihat kepada masalah ketidaksamaan dan cabaran yang semakin meningkat di bandar dan penempatan manusia disebabkan faktor COVID-19, perubahan iklim dan konflik.
Selain itu, jaringan kerjasama antara agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan serta masyarakat akan membolehkan satu ekosistem yang seimbang antara petempatan manusia dan alam semula jadi terbentuk.
Setiap tahun, KPKT dengan kerjasama pelbagai Kementerian, Jabatan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan akan menganjurkan pelbagai aktiviti dan program bersempena Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia.
Berperanan sebagai kementerian peneraju untuk menyelaras semua aktiviti UN-Habitat di Malaysia. KPKT juga terlibat secara aktif dengan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak UN-
Habitat seperti menghadiri mesyuarat UN-Habitat, menghadiri persidangan World Urban Forum dan menganjurkan program-program dan aktiviti untuk Sambutan Hari Habitat Sedunia peringkat Malaysia.
Sambutan Hari Habitat sedunia merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk untuk mengangkat Agenda Perbandaran Baharu (NUA) ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 khususnya SDG ke-11 iaitu “Sustainable Cities and Communities.
Objektif sambutan Hari Habitat Sedunia:
- Meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan membangunkan petempatan manusia yang selesa dan kondusif.
- Mengingatkan masyarakat bahawa setiap manusia mempunyai hak untuk mempunyai tempat perlindungan.
- Mengingatkan segenap lapisan masyarakat bahawa mereka bertanggungjawab untuk membentuk masa depan tempat tinggal dan bandar mereka.
Pertandingan dan program sempena Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia 2022:
Pertandingan:
- Anugerah National Scroll of Honour for Human Settlements 2022
- Pertandingan Photojournalism 2022
- Pertandingan Video Pendek SHHS 2022 Peringkat Institusi Pengajian Tinggi
- Pertandingan Debat SHHS 2022 Peringkat Sekolah Menengah
- Pertandingan Bercerita SHHS 2022 Peringkat Sekolah Rendah Tahap 2
- Program sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia:
- Program Jalinan Kasih PR1MA Bersama Warga Emas dan Golongan OKU di Persatuan Orang Buta Malaysia, Brickfields
- Jalinan Kasih @CSR SPNB di Rumah Anak Yatim dan Tahfiz di Wisma Nur Kasih, Klang
- Dialog Peringkat Tertinggi SHHS 2022 @ Malaysia Urban Forum 2022
- Program Hargai Taman Awam Kita
- Majlis Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia Tahun 2022
Program sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia:
- Program Jalinan Kasih PR1MA Bersama Warga Emas dan Golongan OKU di Persatuan Orang Buta Malaysia, Brickfields
- Jalinan Kasih @CSR SPNB di Rumah Anak Yatim dan Tahfiz di Wisma Nur Kasih, Klang
- Dialog Peringkat Tertinggi SHHS 2022 @ Malaysia Urban Forum 2022
- Program Hargai Taman Awam Kita
- Majlis Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia Tahun 2022