Khairy keluar kawasan balas budi MIC di Kuala Langat 

Khairy keluar kawasan balas budi MIC di Kuala Langat 

KHAIRY Jamaluddin (dua dari kanan) bersama Mohana (kanan) pada program Sarapan Rakyat di Taman Perwira Teluk Panglima Garang, Selangor. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Walaupun kempen Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) hampir menutup tirai dan semua calon Ahli Parlimen sedang berjuang habis-habisan, Khairy Jamaluddin keluar ‘kawasan’ di Parlimen Sungai Buloh untuk berkempen bagi calon Parlimen Kuala Langat, M.Mohana.

Menurut Khairy, tindakannya itu sebagai ingin membalas budi dan jasa MIC yang memberi kerusi Sungai Buloh untuk ditandinginya.

“Walaupun program saya sepatutnya sarat pada hari terakhir di Sungai Buloh, saya telah membuat keputusan untuk datang ke Kuala Langat.

“Saya keluar kawasan sekali sahaja, sepanjang dua minggu saya tak keluar langsung daripada Sungai Buloh sebab Sungai Buloh kubu kuat Pakatan Harapan (PH) menang dengan majoriti 26,000,” katanya ketika berucap pada kempen PRU15 untuk Mohana dan Program Sarapan Rakyat di Taman Perwira Teluk Panglima Garang hari ini.

Khairy berkata, ramai yang meminta beliau berkempen di tempat mereka tetapi akibat jadual kempen yang padat, beliau tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.

“Tetapi apabila Mohana minta saya datang ke Kuala Langat saya datang juga hari ini.

“Kenapa saya datang? Pertama kerana adalah saya hendak membalas budi parti MIC. Sungai Buloh kerusi tradisi MIC selalu MIC bertanding di Sungai Buloh.

“Dalam keadaan saya tiada tempat bertanding, Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran kata Sungai Buloh adalah kerusi MIC tetapi untuk saya MIC bagi laluan.Terima kasih MIC,” katanya yang berharap pengundi Kuala Langat memilih Mohana yang merupakan Ketua Wanita MIC Kebangsaan sebagai wakil parlimen tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya