Khairuddin ditemani Ahmad Razif, Apli serah borang penamaan calon - Utusan Malaysia

Khairuddin ditemani Ahmad Razif, Apli serah borang penamaan calon

DR. Mohd. Khairuddin Aman Razali (tengah) diiringi Ahmad Razif Abd. Rahman (kir) dan Apli Yusoff (kanan) berarak ke Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang bertanding tiket Barisan Nasional (BN) tiba di pusat  penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus di sini pada pukul 9 pagi.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff.

Kedua-dua pemimpin utama UMNO Bahagian Kuala Nerus itu masing-masing menjadi pencadang dan penyokong pencalonan Mohd. Khairuddin.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai, ia tidak mematahkan semangat kira-kira 1,000 penyokong BN yang lengkap berpakaian dan berpayung berwarna biru tua berarak mengiringi ketiga-tiga pemimpin tersebut ke pusat penamaan calon.

Calon Pas, Datuk Dr. Alias Razak pula menghantar borang pencalonan pada pukul 9.15 pagi.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Suhaimi Hashim tiba pukul 9.25 manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan calon Amanah, Azaha Wahid pula pukul 9.35 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya