Khairuddin calon BN Parlimen Kuala Nerus - Utusan Malaysia

Khairuddin calon BN Parlimen Kuala Nerus

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Perkara itu diumumkan dalam satu hebahan di Facebook rasmi Barisan Nasional (BN) sebentar tadi.

Pengumuman itu mengakhiri teka-teki berhubung calon di Parlimen tersebut setelah Presiden BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak menamakan calon untuk Kuala Nerus dalam satu majlis pada Selasa lalu.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Said ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pemilihan Mohd Khairuddin adalah keputusan Presiden.

“Itu kuasa Presiden, kita di negeri perlu akur (dengan keputusan itu),” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin melalui akaun Facebooknya pula memaklumkan semua tugasan dan amanah itu akan digalas dengan iringan doa dan bantuan sahabat, kenalan dan rakyat untuk maslahat Islam dan misi muafakat umat.

“Dengan nama Allah. Saya berserah diri kepada Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah,” tulisnya.

Mohd Khairuddin yang juga bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi memenangi Parlimen Kuala Nerus sejak PRU13 yang lalu.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman juga disebut-sebut sebagai calon BN di kerusi Parlimen tersebut.

Pada PRU14, Khairuddin berjaya mengekalkan kemenangan di Kuala Nerus setelah memperoleh 37,974 undi dengan majoriti 8,447 menewaskan calon BN, Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang mendapat 29,527 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Abdullah Muhammad (4,604 undi).

Beliau bagaimanapun menggemparkan arena politik negara setelah mengumumkan berhenti menjadi ahli Pas pada Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya