Ketepikan sengketa dan elakkan sabotaj demi kemenangan GPS

Ketepikan sengketa, elak sabotaj pastikan kemenangan GPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADAWAN: Ketepikan sengketa dan elakkan sabotaj demi kemenangan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Demikian gesaan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Roland Sagah Wee Inn (PBB-Tarat), Datuk Dr Jerip Susil (PBB-Mambong) dan Miro Simuh (PBB-Tarat).

Roland yang merupakan Menteri Pendidikan, Sains dan Pembangunan Bakat Sarawak, berkata GPS harus menang memandangkan calon GPS bagi kerusi Puncak Borneo adalah penyandang kerusi dan dikenali pengundi-pengundi di kawasan berkenaan.

“Beliau (Willie) pernah berkhidmat kepada rakyat di Puncak Borneo dan saya percaya pengundi akan memberi sokongan kepada beliau, lagipun dua lagi ADUN Datuk Dr Jerip Susil dan ADUN Serumbu Miro Simbuh akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon GPS,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Roland bagaimanapun mengingatkan semua pihak terutama petugas-petugas perlu bekerja keras.

Mengenai kemungkinan akan berlaku sabotaj daripada beberapa pihak termasuk tiga individu yang sebelum ini turut melobi untuk menjadi calon GPS di kerusi Puncak Borneo, Roland berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana PBB adalah sebuah parti yang berdisiplin yang sentiasa taat kepada prinsip parti.

“Kita akan duduk bersama dan berbincang untuk menyelesaikan apa juga masalah dan rasa tidak puas hati.

“Saya percaya mereka adalah individu yang baik-baik dan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon kita,” tambahnya.

Sementara itu, Miro berkata semua pihak harus melupakan sebarang perbezaan sebelum ini.

“Rayuan saya ialah kita sokongan sepenuhnya calon GPS (Willie Mongin) kerana seperti yang diperkatakan oleh Premier Sarawak perjuangan kita adalah untuk mempertahankan dan memperjuangkan kepentingan dan hak-hak Sarawak,” tambah Miro.

Sementara itu, Dr Jerip yang merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak turut menegaskan pertandingan di kerusi Parlimen Puncak Borneo bukannya perjuangan individu, sebaliknya ia adalah perjuangan untuk negeri Sarawak keseluruhannya.

“Oleh itu, perjuangan ini sangat penting dan calon GPS perlu menang pada PRU kali ini.

“Kita faham ini amalan demokrasi dan ramai yang berminat untuk menjadi calon, tetapi hal peribadi itu sila abaikan kerana yang penting kita bekerjasama supaya kemenangan GPS dapat dicapai dengan cemerlang sekali,” ujarnya.

Dalam pada itu, Willie mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak dan pucuk kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan komponen GPS termasuk Sagah, Dr Jerip dan Miro kerana memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan perjuangan di Parlimen Puncak Borneo bagi mengangkat dan mengibarkan bendera GPS.

“Saya dengan penuh rendah diri memohon maaf jika saya mengguris perasaan rakan-rakan di sebelah sana (parti lawan).

Willie menjelaskan perjuangan pada PRU kali ini adalah untuk menyahut cabaran Premier Sarawak untuk membawa lebih ramai pemimpin dan wakil GPS ke Parlimen.

“Saya faham kemenangan bukan untuk Willie Mongin semata-mata tetapi kemenangan GPS untuk kita membawa lebih ramai wakil GPS ke Parlimen supaya kita boleh memartabatkan tuntutan di peringkat persekutuan.

“Kemenangan ini juga untuk rakyat Sarawak dan sekira berlaku sabotaj ia bukan sahaja sabotaj kepada saya sebagai calon, tetapi juga kepada GPS.

“Namun saya diberitahu bahawa mereka juga akan memberi sokongan padu dan saya amat berterima kasih kepada mereka yang turut melobi menjadi calon sebelum ini.

“Mereka semua ada potensi, mungkin suatu hari nanti mereka juga akan mendapat peluang menjadi calon.

“Kita harus bekerjasama demi kecemerlangan dan kemenangan di kerusi Parlimen Puncak Borneo,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi di Puncak Borneo memberi sokongan padu kepada beliau pada PRU ini.

Selain itu, katanya pengundi-pengundi di seluruh Sarawak juga harus memberi kemenangan kepada GPS yang sudah terbukti sebuah parti ulung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya