Kesemua calon Parlimen Rembau tiba

Kesemua calon Parlimen Rembau tiba

MOHAMAD Hasan bersama para penyokong BN berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon Dewan Sri Rembau, Rembau, Negeri Sembilan.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Kesemua calon yang dijangka bertanding di kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) memasuki pekarangan Pusat Penamaan Calon Dewan Seri Rembau di sini.

Calon Pakatan Harapan (PH) yang juga tokoh belia, Jufitri Joha paling awal tiba bersama pencadang dan penyokong pencalonannya kira-kira pukul 8.25 pagi, diikuti calon mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ramly Awalludin lima minit kemudian.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang tampil dengan calonnya, S. Tinagaran pula tiba pada pukul 8. 50 pagi.

Calon pilihan dari Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula memasuki pusat penamaan calon dua minit kemudian. Mohd. Nazree Mohd. Yunus dari Perikatan Nasional (PN), pula tiba tepat pada pukul 9 pagi.

Terdapat seramai 133,641 orang pemilih berdaftar di Parlimen Rembau dengan meliputi pengundi Melayu sebanyak 73.62 peratus, India, 15.9 peratus, pengundi Cina sebanyak 8.76 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya