Kerajaan Negeri Pahang tergantung

Kerajaan Negeri Pahang tergantung

pru15
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Buat pertama kali dalam sejarah, kerajaan negeri ini tergantung ekoran tiada parti yang memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setakat pukul 4 pagi ini, BN menang 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Perikatan Nasional (PN) 17 kerusi dan dan Pakatan Harapan (lapan kerusi).

Kerusi DUN Tioman ditangguhkan susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md. Yunus Ramli yang meninggal dunia pukul 3.30 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Mana-mana parti perlu menang 22 kerusi DUN untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Berdasarkan keputusan rasmi itu juga, kemungkinan pembentukan kerajaan campuran sama ada gabungan BN dan PN atau gabungan PN dan PH atau BN dan PH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya