Kenyataan C4 mengenai Yeo Bee Yin tidak tepat

Kenyataan C4 mengenai Yeo Bee Yin tidak tepat

YEO Bee Yin (tengah) ketika hari penamaan calon bagi Parlimen Puchong, Selangor. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Kenyataan dikeluarkan oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) mengenai kemungkinan wujudnya hubungan politik-perniagaan dan konflik kepentingan bagi calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin adalah tidak tepat.

Setiausaha DAP Selangor, Ng Sze Han memaklumkan bahawa kebanyakan hartanah atau lokasi yang dinyatakan di dalam kenyataan tersebut terletak di kawasan Kinrara iaitu Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Subang.

“Ini termasuk Bandar Puteri Puchong, Puchong Jaya, IOI Boulevard Puchong, Sheraton Puchong dan IOI Mall Puchong, manakala Sierra 16 dan IOI City Mall berada di bawah Parlimen Sepang.

“Sehubungan itu, tiada satu pun pembangunan IOI Property wujud di kawasan Parlimen Puchong sehingga kini. Maka kenyataan C4 itu tidak tepat,” katanya.

Terdahulu media melaporkan C4 melahirkan kebimbangan terhadap calon DAP bagi kerusi Parlimen Puchong kerana kemungkinan wujudnya hubungan politik-perniagaan dan konflik kepentingan.

Kata badan pemerhati itu menerusi satu kenyataan, Bee Yin dicalonkan di kawasan di mana keluarga mentuanya mempunyai kepentingan perniagaan yang luas.

Bee Yin yang merupakan bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di bawah kerajaan PH pada 2018 berkahwin dengan Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Bhd, Lee Yeow Seng iaitu anak kepada pengasas IOI Group Berhad, mendiang Lee Shin Cheng.

Penyandang kerusi Parlimen Bakri itu menggantikan Gobind Singh Deo yang bertukar ke Parlimen Damansara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bee Yin bakal berdepan pertembungan empat penjuru menentang aktivis kemasyarakatan, Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang (Bebas); Datuk Seri Syed Ibrahim Kader (Barisan Nasional (BN)) dan Chew Jyh Gang (Perikatan Nasional).

Pada PRU14, Gobind menang dengan majoriti 47,635 undi menewaskan Ang Chin Tat (BN-MCA) yang mendapat 12,794 undi dan Mohamad Rosharizan (Pas) dengan 10,255 undi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya