Kehadiran cukup tinggi, itu tanda keinginan negara dipimpin kepemimpinan terbaik - Aminuddin - Utusan Malaysia

Kehadiran cukup tinggi, itu tanda keinginan negara dipimpin kepemimpinan terbaik – Aminuddin

AMINUDDIN Harun selesai menunaikan tanggungjawab di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Mohd. Redza, Sikamat, Seremban. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tiba di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Mohd. Redza pada pukul 8.15 pagi tadi.

Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Port Dickson tiba sendirian dengan berpakaian baju hujan berwarna hitam dilihat beratur dan menunggu giliran di saluran dua pusat mengundi itu sambil beramah mesra dengan orang ramai.

Aminuddin ketika ditemui berharap pengundi dapat turun seramai mungkin kerana ini merupakan tanggungjawab wajib bagi seorang warganegara Malaysia.

“Walaupun cuaca kurang memberangsangkan (hujan) tetapi saya lihat kehadiran dan semangat itu cukup tinggi, itulah tanda bahawa keinginan mereka untuk melihat negara yang dipimpin kepemimpinan terbaik,” katanya.

Menurut Aminuddin, beliau yang selesai mengundi pada pukul 9.15 pagi selepas ini akan membuat lawatan di sekitar pusat mengundi sekitar Port Dickson. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya