PETALING JAYA: Tujuh kenderaan dilihat memasuki pekarangan rumah Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin kira kira pukul 3.15 petang di Bukit Damansara di sini, hari ini.
Dipercayai salah sebuah kenderaan tersebut membawa Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pagi tadi, Muhyiddin mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.
Selain Premier Sarawak, turut hadir dalam pertemuan berkenaan ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Difahamkan, Abang Johari meninggalkan pekarangan rumah Muhyiddin pada pukul 12 tengah hari tadi, menaiki kenderaan bernombor plat SG 48 AQ yang tertera jata Premier Sarawak.-UTUSAN