Kedah turut umum cuti Jumaat dan Sabtu - Utusan Malaysia

Kedah turut umum cuti Jumaat dan Sabtu

pru15
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah hari ini mengisytiharkan 18 November (Jumaat) dan 19 November (Sabtu) ini sebagai cuti umum di negeri ini sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norizan Khazali berkata, pengumuman itu selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan yang terdahulu mengisytihar cuti umum pada tarikh sama.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti umum pada 18 dan 19 November bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU15.

“Cuti umum yang jatuh pada 18 November akan digantikan dengan hari bekerja berikutnya iaitu pada 20 November, Ahad,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri baru-baru ini mengumumkan hari kelepasan am pada Jumaat dan Sabtu ini bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi.

Kira-kira 21 juta rakyat layak mengundi pada PRU15 Sabtu ini, termasuk pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab masing-masing hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya