PETALING JAYA: Karnival Keluarga Malaysia, Anak Muda Gegor Bera akan dianjurkan di Dewan Konvensyen Bera pada 12 November ini.
Program anjuran Miat Quadra E-Sport Club itu akan menampilkan tiga segmen utama iaitu acara e-sukan, karnival kerjaya dan konsert Keluarga Malaysia.
Selain itu pelbagai aktiviti menarik seperti ujian pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan motosikal, foodtruck dan gerai jualan juga akan diadakan.
Acara e-sukan yang kini bukan lagi sekadar hobi malah menjadi kerjaya sukan sehingga peringkat antarabangsa bakal mencungkil dan menyerlahkan bakat-bakat anak muda di Bera.
Sukan itu yang julung kali dianjurkan di Parlimen Bera itu menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM25,000, cabutan bertuah bernilai hingga RM3,000 serta peluang memenangi telefon pintar.
Team Haq Esports Club yang muncul juara perlawanan Liga Profesional Mobile Legend (MPL) MY musim ke-10 baru-baru ini dan akan mewakili Malaysia ke
Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 pada tahun hadapan di Jakarta, Indonesia juga akan membuat penampilan pada acara tersebut.
Miat Quadra E-Sport Club mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan anak muda di Bera untuk menyertai acara itu dan memeriahkan karnival berkenaan.
Karnival tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan akan menghimpunkan lebih 2,000 anak muda dari Parlimen Bera dan kawasan sekitarnya.
Program itu diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan HRDCorp yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Maklumat lanjut mengenai program itu boleh hubungi Duke di talian 011- 29566829 dan Yasmin di talian 017-4820294. – UTUSAN