Kantung kewangan negara mampu tampung perbelanjaan PN Best

Kantung kewangan negara mampu tampung perbelanjaan PN Best

KEPEMIMPINAN tertinggi PN semasa melancarkan buku Tawaran PN Best di di Shah Alam, Selangor. -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kantung kewangan negara mampu menampung perbelanjaan tawaran Perikatan Nasional (PN) atau PN Best pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya ia dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Tawaran PN, Datuk Radzi Jidin berkata, pasukannya sudah mengambil kira kantung kewangan ketika PN Best dirangka, supaya ia tidak menjejaskan negara dari aspek tersebut.

“Tawaran ini memberi kesan positif kepada majoriti rakyat secara amnya bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Kami mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk menyiapkannya kerana melakukan banyak perbincangan dengan pelbagai pihak bagi mendapat input untuk dimasukkan ke dalam PN Best,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Tawaran PN Best di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Menurut Radzi, terdapat beberapa tawaran dalam PN Best yang memerlukan jumlah peruntukan khusus.

Kata beliau, antaranya adalah peruntukan penyelenggaraan sekolah berjumlah RM2.5 bilion dan kuartes kerajaan berjumlah RM2.5 bilion.

“Mereka yang ingin mengetahui isi kandungan tawaran PN Best boleh melayari laman sesawang pnbest.com selepas ini. Ini adalah tawaran kami kepada rakyat Malaysia sebelum mengundi pada 19 November ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya