'Kalau kerja lebih keras, boleh lepas 100 kerusi'

‘Kalau kerja lebih keras, boleh lepas 100 kerusi’

FAHMI Fadzil ketika berucap pada sesi ceramah Pakatan Harapan Parlimen Puchong di Dataran Puchong Permai, Selangor. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Calon Pakatan Harapan (PH) Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, gabungan itu dijangka mampu memenangi lebih 100 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya mereka bekerja lebih keras.

Jelasnya, keyakinan itu bersandarkan hasil kajian lapangan erbaharu seperti dilapor oleh Merdeka Center.

“Saya tak pasti jika anda ada terbaca (berita), kalau saya (jadi) Zahid Hamidi atau KJ (Khairy Jamaluddin), saya mungkin resah malam ini sebab Merdeka Center ada keluarkan satu tinjauan, mereka kata ada kemungkinan PH pada waktu ini boleh memenangi sekurang-kurangnya 91 kerusi.

“Rafizi Ramli pun ada kata berdasarkan kaji selidik Invoke (pertubuhan bukan kerajaan), kemungkinan PH boleh menang antara 80 hingga 90 kerusi pada waktu ini, mungkin kalau kita kerja lebih keras kita boleh lepas 100 kerusi,” katanya ketika berucap pada sesi ceramah Pakatan Harapan di Dataran Puchong Permai di sini malam tadi.

Fahmi yang juga penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai itu hadir bagi memberi sokongan terhadap kempen calon PH Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai yang hadir menyaksikan ceramah tersebut supaya mengajak lebih ramai lagi untuk keluar mengundi pada 19 November ini memandangkan tempoh berkempen hanya berbaki tiga hari lagi.

Ini kerana katanya, setiap undian adalah penting dan mampu menyumbang kepada kemenangan secara keseluruhan.

“Kita doakan supaya semua diberikan petunjuk dan hidayah, kawan-kawan kita yang selama ini mengundi UMNO memilih PH supaya kita dapat sebuah Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Parlimen Puchong bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru pada PRU15 di antara Bee Yin, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader (Barisan Nasional), Chew Jyh Gang (Perikatan Nasional) dan Kuan Chee Heng (Bebas). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya