Kalau jumpa, saya cium tangan dia - Reen Rahim

Kalau jumpa, saya cium tangan dia – Reen Rahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Reen Rahim tidak mengambil hati, malah sudah memaafkan pelakon lelaki yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila dikatakan keterlaluan dalam melakonkan sebuah babak, baru-baru ini.

Reen menjelaskan, dia sudah dididik sejak kecil untuk tidak bersikap kurang ajar dan menganggap insiden yang berlaku hanya perkara kecil yang tidak perlu dipanjangkan.

“Sebenarnya, ramai yang terkejut apabila mendengar dakwaan Reen Rahim mengamuk. Saya bukan baru dalam industri seni. Saya pernah berlakon dengan ramai pelakon senior dan junior. Tidak pernah ada masalah.

“Emak saya pun ajar, jangan biadab. Saya anggap itu hanya perkara biasa. Saya tetap teruskan penggambaran walaupun berdepan insiden tersebut. Saya sudah maafkan dan tidak ambil hati pun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, pelakon Daddyku Gangster itu mencetuskan kontroversi apabila dia mendakwa dikasari oleh seorang pelakon ketika melakonkan babak pergaduhan untuk sebuah drama baru-baru ini.

Dalam pada itu, Reen akan tetap bersikap profesional dan terbuka sekiranya digandingkan semula dengan pelakon lelaki tersebut.

“Tidak ada masalah pun. Kalau jumpa nanti, saya akan cium tangan dia. Profesional sahaja. Macam saya cakap, saya bukan baru dalam industri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya