Kak Mona tidak akan lompat parti 

Kak Mona tidak akan lompat parti 

M. Mohana (berdiri, dua dari kiri) bergambar bersama jentera BN Kuala Langat pada program bersama NGO, di Kuala Langat, Selangor. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Calon Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk M. Mohana berjanji akan setia dengan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan melompat parti walaupun sudah wujud undang-undang untuk menghalang tindakan tersebut dalam kalangan ahli Parlimen.

\Mohana yang mesra dengan panggilan Kak Mona dalam kalangan masyarakat Kuala Langat, menganggap tindakan melompat parti mana-mana wakil rakyat sebagai tidak wajar kerana mandat diberikan pengundi perlu dijaga.

“Saya ingin dianggap sebagai kakak kepada semua dan naluri keibuan saya tinggi. Saya  menganggap pengundi sebagai ahli keluarga saya dan tidak akan meninggalkan mereka yang memerlukan khidmat saya,” katanya selepas program bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kuala Langat diselaraskan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Dr. Abdul Razak Khasbollah.

Mohana yang juga Ketua Wanita MIC Kebangsaan berkata, beliau berazam untuk menambah baik hospital, mengatasi masalah infrastruktur seperti jalan raya berlubang, perparitan dan lampu jalan.

Mengulas lanjut, Mohana berkata, beliau berhasrat untuk membina pusat khidmat Ahli Parlimen yang dinamakan Kasih Kuala Langat bagi memudahkan memberi bantuan kepada orang susah  dalam kalangan warga emas, orang sakit yang dalam kecemasan untuk ke hospital dan mereka yang memerlukan pertolongan.

“Bagi warga Kuala Langat saya berhasrat memberikan mereka perumahan dan sistem telekomunikasi yang baik. Ini disebabkan saya melihat ia agak kurang di Kuala Langat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya