Kain rentang Mohamed Khaled dikoyak

Kain rentang Mohamed Khaled dikoyak

KAIN rentang memaparkan gambar Mohamed Khaled yang koyak dipercayai akibat perbuatan khianat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Polis Kota Tinggi menerima laporan khianat terhadap kain rentang digantung memaparkan gambar calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kampung Gembut, Tanjung Sedili.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, laporan diterima pada pukul 12.01 tengah malam tadi dan hasil siasatan mendapati kain rentang tersebut digantung pada tiang elektrik dan tiang papan tanda tepi simpang Jalan Klinik, setinggi enam kaki.

Walau bagaimanapun, suspek yang melakukan perbuatan itu masih belum dapat dikenal pasti. 

“Pihak polis sentiasa melakukan pemantauan dan rondaan di sekitar kawasan tempat kejadian dan seluruh daerah Kota Tinggi bagi memantau aktiviti jenayah seumpama ini tidak berlaku lagi.

“Pihak polis juga ingin menasihat individu atau kumpulan supaya tidak mencetuskan provokasi menganggu gugat keamanan daerah Kota Tinggi. 

“PDRM Kota Tinggi memberi amaran dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehinga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya