Kadar baharu RMT mula 6 November

Kadar baharu RMT dinaikkan bermula 6 November

MAKANAN bernutrisi didakwa membebankan pengusaha kantin. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa kadar baharu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi seorang murid dinaikkan berkuat kuasa 6 November ini.

KPM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kadar baharu itu dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung Malaysia dan RM3.00 kepada RM4.00 bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. 

Menurutnya, pelaksanaan kadar baharu ini memanfaatkan seramai 791,477 orang murid penerima RMT di seluruh negara. 

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kadar baharu itu pastinya memberi kelegaan kepada pengusaha kantin sekolah yang menyediakan RMT.

“Alhamdulillah, usaha KPM untuk menaikkan kadar RMT dapat dilaksanakan pada tahun ini.  Ini merupakan antara komitmen saya dalam memastikan kualiti makanan RMT kepada murid yang memerlukan adalah terjaga.

“KPM komited melakukan yang terbaik untuk kelestarian pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya.

Pengumuman kadar baharu RMT diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pembentangan Bajet 2023 lalu membabitkan peruntukan sebanyak RM777 juta. 

Penambahbaikan program RMT dijangka memberi manfaat kepada 800,000 murid dan 7,300 pengusaha kantin sekolah.

 

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya