Jian Boon dakwa difitnah, bendera BN ditanggal

Jian Boon dakwa difitnah, bendera BN ditanggal

CHUA JIAN BOON bertemu penduduk di Parlimen Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kulai mendakwa, bendera parti yang digantung jenteranya di kawasan Senai Utama, di sini ditanggalkan oleh individu mengaku sebagai penyokong parti lawan.

Chua Jian Boon yang juga Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA turut mendakwa, pihak lawan menabur fitnah bagi menjejaskan nama baiknya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, antara fitnah yang dilemparkan adalah beliau akan membuat bayaran RM200 kepada mana-mana individu untuk menyarung pakaian BN dan membantu kempennya.

“Ketika jentera kami sedang memasang bendera BN di kawasan Senai Utama semalam, mereka bukan sahaja dihalang malah bendera yang dipasang turut ditanggalkan.
“Kerana enggan terlibat dengan pertikaian tersebut, jentera kami berundur dari kawasan berkenaan dan membuat laporan polis berhubung gangguan itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Jian Boon yang kesal dengan perbuatan tersebut menyifatkan tindakan berkenaan sebagai strategi kempen tidak sihat yang tidak sepatutnya berlaku.

Pada PRU15, Jian Boon menentang Timbalan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Tan Chin Hock daripada Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya