Jentera BN jangan terpedaya propaganda Anwar

Jentera BN jangan terpedaya propaganda Anwar

pru15
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jentera Barisan Nasional (BN) diminta tidak terpengaruh dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan Pakatan Harapan (PH) sedang mendahului sokongan pengundi ketika ini.

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kenyataan Pengerusi PH yang juga Presiden PKR itu hanya merupakan propaganda bagi melemahkan semangat BN.

Sebaliknya kata Shamsul Anuar, jentera BN perlu memanfaatkan kenyataan Anwar sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja lebih kuat kerana tempoh kempen berbaki beberapa hari sahaja lagi.

“Hakikatnya jentera BN, diketahui pasukan terkuat berbanding parti lain. Maka kita mesti terus bertemu rakyat semaksima mungkin.

“Kepada semua jentera komunikasi BN di semua peringkat, saya harap tingkatkan usaha. Kenyataan Anwar tidak lebih hanya untuk mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka sahaja. 

“Namun, yakinlah BN mampu kekal dan akan menjadi pilihan rakyat pada 19 November ini. Yakinkan rakyat BN pilihan terbaik untuk kestabilan dan kemakmuran,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan kenyataan Anwar yang mendakwa PH sedang jauh mendahului  sokongan pengundi berbanding parti lawan menjelang hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini.

Menurut Anwar, situasi itu berdasarkan data dan kajian setempat yang dilaksanakan.

Ketika ditanya mengenai keyakinan BN dan Perikatan Nasional (PN) meraih majoriti mudah pada hari mengundi Sabtu ini, Anwar berkata, keyakinan itu harus berdasarkan data.

“Kita yakin ini mesti berdasarkan data dan kajian daerah setempat dan kalau ikut data dan kajian, saya tak fikir mana-mana orang menafikan PH sekarang sedang jauh mendahului ketika ini ” katanya. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya