JBPM Kelantan siasat anggota terlibat dadah, ketum

JBPM Kelantan siasat anggota terlibat dadah, ketum

ZAINAL MADASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menyiasat empat anggota jabatan tersebut selepas disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah dan ketum.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, dua daripada anggota yang terlibat itu merupakan petugas pasukan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dipercayai terbabit dengan ketum dan dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, keempat-empat anggota berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an boleh dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja jika disabitkan bersalah.

“Perbuatan mereka ini sangat berat malah turut menjejaskan imej pasukan bomba.

“Keempat-empat anggota itu dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah selepas proses pemutihan dilakukan baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kali Ke-6 JBPM Kelantan di Tunjong hari ini.

Zainal memberitahu, proses pemutihan itu dilakukan  bagi memastikan pegawai dan anggota bomba negeri ini tidak terbabit dengan kegiatan terlarang termasuk penyalahgunaan dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya