Jangan undi lain, dapat lain - Radzi

Jangan undi lain, dapat lain – Radzi

RADZI Jidin berucap pada pelancaran 50 Tawaran #EraBaharuPutrajaya di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin mengingatkan pengundi supaya memilih kerajaan dan pemimpin yang tepat pada 19 November ini.

Menurutnya, jangan pula ‘order’ (undi) orang lain, dapat pula orang lain. Saudara-saudari kena ingat, kalau pilih Barisan Nasional (BN), anda order lain dapat yang lain.

“Poster boy orang lain, pengerusi partinya orang lain. Rasa-rasanya pengerusi partinya nak tengok sahaja orang lain jadi Perdana Menteri?

“Kawan-kawan poster boy kena ‘kerat’ habis dah. Semua kena ‘sembelih’ habis dah, tinggal poster boy seorang sahaja,” katanya ketika berucap ketika melancarkan 50 Tawaran Dr. Radzi Jidin Untuk Putrajaya, di sini, malam ini.

Katanya, jika pengundi ‘order’ Perikatan Nasional (PN), dapatlah pemimpin yang prihatin, bersih dan kerajaan yang bersih.

Dalam pada itu, Radzi berkata, satu undi bagi kerusi untuk PN, maknanya satu kerusi untuk membentuk Kerajaan Pusat.

“Sekarang kita lihat pada hari ini, gelombang PN sudah semakin meningkat di beberapa negeri. Kita lihat gelombang ini akan membentuk tsunami di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, sebahagian Perak dan Selangor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya