Jangan percaya pelaburan tidak bertauliah

Jangan percaya pelaburan tidak bertauliah

SHAMSUDDIN Abdul Kadir (kanan), Dr. Hazli Zakaria (tengah) dan Sharifah Shahirah pada Program Sembang-Sembang ASB sempena MSAM 2022 di Port Dickson, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Golongan remaja diingatkan supaya merancang kewangan secara bijak dan tidak terpengaruh dengan pelaburan yang menayangkan simbol kekayaan palsu.

Penasihat Kewangan, Shamsuddin Abdul Kadir berkata, pelaburan yang menawarkan pulangan besar dalam tempoh singkat biasanya tidak boleh dipercayai dan merupakan skim cepat kaya.

“Anak-anak muda perlu lebih berhati-hati sekiranya ada individu datang tawarkan pelaburan ‘pasti untung’ dan menunjukkan simbol kekayaan palsu seperti kereta dan rumah besar.

“Lebih 10 jutawan yang saya kenal tidak pernah menunjukkan kereta yang mereka miliki, orang yang rasa dirinya mahal tidak perlu tunjukkan kekayaan,” katanya pada program Sembang-Sembang Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022 di sini hari ini.

Program Sembang-Sembang ASNB itu dihoskan oleh selebriti, Sharifah Shahirah bersama seorang lagi panel Pengasas dan Pengerusi Alaminda Healthcare Berhad, Dr. Hazli Zakaria.

Ia dihadiri kira-kira 100 pelajar kolej dan sekolah.

Menurut Shamsuddin, terdapat enam jenis pelaburan yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu di bank atau institusi kewangan, anak syarikat bank, insurans atau takaful, pelaburan unit amanah serta koperasi.

Dalam pada itu, kongsi Shamsuddin, hutang boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu hutang membuatkan seseorang semakin miskin dan hutang yang menjadikan seseorang semakin kaya.

“Hutang pinjaman ASB untuk pelaburan misalnya masih relevan di mana faedah daripada simpanan itu boleh memberikan pulangan tinggi, sebaiknya faedah dikumpulkan dalam tempoh 10 tahun.

“Hutang yang berisiko seperti pajak gadai dengan kadar faedah antara sembilan hingga 24 peratus, manakala kad kredit faedah 18 peratus dan boleh meningkat dua kali ganda jika tidak dibayar dalam tempoh empat tahun,” katanya.

Sementara itu, Hazli berkata, masalah kewangan yang kronik boleh menjadi punca tekanan mental dan psikiatri.

“Selain merancang kewangan, kita perlu menghargai diri secara berhemat sebagai salah satu bentuk semangat atas usaha atau kejayaan yang dilakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya