Jangan melulu buat andaian

Jangan melulu buat andaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIK Bunga akui tidak mudah ‘mendidik’ sebahagian artis yang mungkin kurang cakna atau peka dengan bentuk laporan pengamal media. 

Apatah lagi, jika di minda mereka sudah terpahat pihak media hanya kemaruk cerita peribadi atau gosip, berbanding pencapaian atau kejayaan. 

Bagi mereka, orang media tidak sudi bantu uar-uarkan perihal kerjaya seni kerana lebih berminat kisah peribadi. Pelik juga dengan segelintir artis ini. 

Tertanya juga, mereka hidup zaman bila? Setahu Cik Bunga, ada sahaja penulisan atau laporan membina yang dipaparkan. Itupun kalau mereka rajin mengambil tahu apa yang dihidangkan. Agaknya mereka tidak baca kot? 

Apabila ada artis menuduh media tidak sudi hebahkan tentang kerjaya dan buah  kiran mereka tentang industri hiburan, pandangan itu sangat tidak benar. 

Kenapa Cik Bunga cakap begitu? Ini Cik Bunga nak buka cerita. Cik Bunga dapat tahu, baru-baru ini ada anggota sebuah kumpulan meluahkan di media sosial konon publisiti tentang aktiviti seni mereka tidak mendapat liputan meluas. 

Mahu tidak terkejut apabila dituduh begitu. Setahu Cik Bunga, ada sahaja perkembangan berkaitan aktiviti mereka yang dikongsi. 

Mungkin dia yang terlepas pandang. Sudahnya apabila ditunjukkan segala bukti, dia terdiam sendiri. Malu agaknya kerana melulu membuat andaian tanpa menyiasat terlebih dahulu. 

Mujur dia mengakui kesilapannya dan meminta maaf. Itulah, lain kali jangan buat andaian tanpa usul periksa. Cik Bunga tidak pasti jika ada pihak lain yang ‘mencucuk’ hingga dia melatah. 

Cuma, Cik Bunga hendak beritahu, jangan bercakap ikut perasaan. Jangan ingat semua bahan bacaan hiburan terarah kepada gosip dan perkara negatif sahaja. 

Itu belum lagi ada segelintir yang menuduh media tempatan suka melebih-lebihkan artis luar. Sebelum buat tuduhan, baik cermin diri dulu. 

Kalau panggilan tidak pernah berangkat, WhatsApp juga tidak dibalas, media hendak lapor apa? Ingat Cik Bunga dan teman-teman tidak sayangkan industri seni kita? 

Sama-samalah kita membantu untuk memajukan dan mengangkat industri ke arah lebih baik. Kalau bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya