Jangan lihat lantikan anggota Kabinet sebagai 'ganjaran' - Anwar

Jangan lihat lantikan anggota Kabinet sebagai ‘ganjaran’ – Anwar

Ada pihak berpendapat usul percaya Perdana Menteri tidak perlu dibawa ke Parlimen melainkan keadaan memaksa ia mesti diadakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang lantikan dalam barisan Kabinetnya kelak tidak dilihat sebagai ‘ganjaran’ kerana menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu mereka menyokongnya berdasarkan polisi yang dibawa serta komitmen untuk tadbir urus yang baik, menentang rasuah dan membangunkan ekonomi negara.

“Saya tidak mahu lantikan menteri, penasihat atau duta khas kelak mengganggapnya sebagai ganjaran kerana menyokong saya. 

“Saya kekal dengan keputusan untuk mengurangkan saiz Kabinet kerana tidak mahu lantikan besar-besaran seperti di bawah kepimpinan kerajaan terdahulu.

“Saya tidak mahu meneruskan lantikan besar-besaran ini sehingga akhirnya ada 70 menteri dengan penasihat khas dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022, hari ini.

Katanya, pelantikan barisan Kabinet  perlu dilantik segera agar negara dapat bergerak ke hadapan.

Anwar berkata, beliau meminta tempoh beberapa hari lagi sebelum mengumumkan anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan yang bakal dipimpinnya. 

Menurutnya, buat masa ini, beberapa siri perbincangan sedang berlangsung antara Pakatan Harapan (PH) dengan tiga gabungan parti politik lain.

“Saya juga sudah bertemu dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg serta wakil Barisan Nasional (BN).

“Malah, tengah hari ini, saya juga akan bertemu dengan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor serta Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bagi membincangkan perkara sama,” katanya.

Sebelum ini, Anwar memaklumkan Kerajaan Perpaduan yang bakal dipimpinnya kelak akan memiliki saiz Kabinet lebih kecil selepas mengambil kira situasi ekonomi semasa.

Bagaimanapun, Anwar tidak mengulas lanjut mengenai saiz Kabinet itu termasuk dari segi bilangan kementerian atau menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya