Jadikan ramalan ‘tukang tilik’ sebagai dorongan - Khalid - Utusan Malaysia

Jadikan ramalan ‘tukang tilik’ sebagai dorongan – Khalid

KHALID SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Jangan percaya kepada ramalan keputusan ‘tukang tilik’ sebab mereka sendiri tak tahu sebab datang daripada pelbagai kajian. Kita masih ada empat hari bekerja lebih kuat, ambil kajian itu sebagai dorongan”.

Demikian seruan daripada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad kepada rakyat dan penyokong Pakatan Harapan (PH) terhadap ramalan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan tergantung kerana tiada parti memperoleh majoriti.

Khalid berkata, dakwaan tersebut perlu dijadikan sebagai pembakar semangat berkempen bagi menuju ke hari penentu untuk lima tahun akan datang.

Jelas beliau, PH perlu mendapatkan lebih daripada 112 kerusi Parlimen agar kerajaan dibentuk kemudian hari stabil walaupun sekiranya ia dibentuk dengan gabungan daripada parti lain.

“Katakanlah PH hanya mendapat 105 kerusi Parlimen dan kemudian terpaksa bergabung dengan ‘Parti X’ yang ada 20 kerusi. Jadi kita akan ada 125 kerusi Parlimen tetapi apa jaminan mereka akan bersama sehingga akhir?

“Kerajaan daripada gabungan parti bukan penyelesaian yang baik, kita kena dapat paling kurang 112 kerusi Parlimen dan bila kita dapat kalau kita buat gabungan sekali pun tiada masalah.

“Kalau mereka nak lompat pun lompat lah, kita masih ada 112 kerusi Parlimen. Kita masih ada majoriti maknanya gunakan ramalan itu untuk mendorong kita menentukan bahawa ia tidak akan berlaku,” katanya semasa berucap di Himpunan Mega Harapan Batu di Taman Dato Senu.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, pertembungan semua calon yang bertanding dalam PRU15 diramal sengit berikutan tiada satu pun parti politik setakat ini memiliki kelebihan untuk mencatat majoriti mudah membentuk kerajaan, sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional mahupun PH.

Mengulas lanjut, Khalid percaya bahawa PH boleh memperoleh sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen untuk PRU15, memandangkan terdapat ‘gelombang kabangkitan rakyat’.

“Sudah ada kebangkitan kembali, kalau dulu nampak sejuk dan suram sahaja tetapi apabila sebaik sahaja Parlimen dibubarkan tiba-tiba rakyat bangkit kerana tahu perjuangan belum selesai kerana kita dikhianati.

“Semasa PRU14, rakyat menolak BN dan UMNO tetapi pengkhianat-pengkhianat pula menyebabkan BN kembali bangkit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya