Jabatan Meteorologi keluar lagi amaran ribut petir

Jabatan Meteorologi keluar lagi amaran ribut petir

Ramalan cuaca hari kedua Hari Raya Aidilfitri hpagi ini cerah di kebanyakan negeri. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi sekali lagi mengeluarkan amaran ribut petir dan kali ini diramal berlaku di tiga negeri iaitu Pahang, Melaka dan Johor.

Menurut jabatan itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pahang (Rompin), Melaka dan Johor sehingga pukul 12 tengah hari.

Sebelum ini, jabatan berkenan memaklumkan beberapa kawasan dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri termasuk Selangor.

Antara negeri berkenaan adalah Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) dan Sabah (Nabawan, Tawau, Kunak dan Lahad Datu dan Sandakan) sehingga pukul 9.00 pagi.

Dijangka 21,173,638 rakyat Malaysia keluar mengundi hari ini dalam PRU15 bagi menentukan parti atau gabungan yang mendapat mandat membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya