Ivone harap negara kembali stabil - Utusan Malaysia

Ivone harap negara kembali stabil

Low Yi Wen selesai menunaikan tanggungjawab dengan mengundi di Pusat Pengundian Pasar Pekan, Ampang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Ampang, Low Yi Wen selesai menjalankan tanggungjawabnya mengundi di Pusat Pengundian Pasar Pekan, Ampang pada pukul 9 pagi tadi.

Yi Wen atau lebih mesra di sapa Ivone berharap Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini akan membawa kebaikan kepada negara.

“Kita harapkan yang terbaik untuk Malaysia dan amat berharap selepas PRU15 ini negara akan stabil,” katanya yang merupakan anak jati Ampang.

Parlimen Ampang menyaksikan pertembungan sembilan penjuru. Selain Yi Wen, ia turut ditandingi Datuk Zuraida Kamaruddin (Parti Bangsa Malaysia); Rodziah Ismail (Pakatan Harapan); Shasha Lyna Abdul Latiff (Perikatan Nasional); Dr. Nurul Ashikin Mabahwi (Parti Pejuang Tanah Air); Lai Wai Chong (Parti Warisan) dan tiga calon bebas iaitu Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, Tan Hua Meng dan M. Raveendran.

Pada PRU14, Zuraida yang ketika itu mewakili PKR menang dengan undi sebanyak 54,307 mengalahkan calon BN, Leong Kim Soon (12,351 undi) dan calon Pas, Nurul Islam Mohamed Yusoff (9,598) sementara Tan Hua Meng daripada Parti Rakyat Malaysia hanya memperoleh 294 undi sekali gus hilang deposit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya