Isu nursery: Ramanan akan bincang dengan Amirudin

Pengusaha nursery diminta berpindah: Ramanan akan bincang dengan Amirudin

R. RAMANAN (tengah) bercakap kepada pemberita selepas berjumpa dengan pengusaha nursery di Jalan Kusta, di Sungai Buloh, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam mencari penyelesaian isu pemindahan tapak semaian (nursery) di Jalan Kusta, di sini.

Menurut Ramanan, terdapat seramai 60 pengusaha dan pekerja di lokasi berkenaan yang menjalankan perniagaan sejak 40 tahun lalu.

Jelasnya, tindakan memindahkan mereka dilihat sebagai tidak relevan ekoran lokasi baharu di Kampung Sungai Kayu Ara dan Bukit Changgang agak jauh dari kediaman mereka serta berhadapan dengan masalah banjir.

“Saya difahamkan dianggarkan terdapat 60 orang pekerja dan peniaga yang mana setiap mereka mempunyai tanggungan dan jika dipindahkan ia akan menjejaskan pendapatan mereka.

“Selain masalah banjir pengusaha dan pekerja nursery di Jalan Kusta ini juga terpaksa berulang-alik dari kediaman di Sungai Buloh ke Bukit Changgang yang mengambil masa satu jam 30 minit sehala,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berjumpa dan berbincang dengan pengusaha nursery di Jalan Kusta, di sini, petang tadi.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, pihaknya telah meminta ke semua pengusaha nursery terlibat menulis sepucuk surat untuk beliau sampaikan kepada Amirudin.

“Saya ada hubungan baik dengan Menteri Besar Selangor dan saya akan bawa perkara ini kepada beliau untuk bekerjasama mencari penyelesaian terbaik isu ini.

“Isu ini bukan hanya melibatkan pengusaha dan pekerja malah juga masyarakat Orang Asli di sekitar jadi kita akan meneliti masalah ini sebaik mungkin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya