Ikon peti undi jadi hiasan enjin carian Google - Utusan Malaysia

Ikon peti undi jadi hiasan enjin carian Google

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bersempena dengan hari mengundi Pilhan Raya Umum Ke-15 (PRU15), ikon peti undi berserta Jalur Gemilang menghiasi laman utama enjin carian Google.

Pengguna Google boleh mengklik ikon peti undi tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut paparan yang akan dimaklumkan mengenai PRU15.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan isu-isu semasa dan berita terkini berkaitan PRU15.

Selain itu, untuk mengetahui parti-parti yang bertanding, siapa yang mengetuai parti dan jumlah calon yang bertanding, pengguna boleh klik pada ikon tersebut kemudian pergi kepada laman wikipedia yang memaparkan Pilihan Raya Umum Malaysia 2022.

Dijangka 21,173,638 rakyat Malaysia mengundi hari ini dalam PRU15 bagi menentukan parti atau gabungan yang mendapat mandat membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Kempen PRU15 yang bermula pada 5 November berakhir tengah malam tadi dengan hari ini ditetapkan hari pengundian di seluruh negara.

PRU15 diadakan setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan pada 10 Oktober lalu.

Selain memilih 222 ahli Parlimen, pilihan raya kali ini turut membabitkan tiga negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya