Ibu, anak selamat dalam kebakaran

Ibu, anak selamat dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Tindakan pantas seorang ibu keluar bersama seorang anak dari rumahnya menyelamatkan mereka dalam kejadian kebakaran di Kampung Gong Pak Damat di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Norehan Ishak, 52, sedang berehat di ruang tamu bawah rumah teres dua tingkat itu sebelum terdengar bunyi dentuman dan terbau kepulan asap di dapur rumahnya.

Menurut Norehan yang juga seorang guru berkata, dia dan anaknya berusia 12 tahun terus bergegas keluar dari rumah sebelum menghubungi pihak bomba.

“Ketika kejadian, suami tiada di rumah, manakala saya sedang berehat selepas baru pulang dari mesyuarat di sekolah sebelum dikejutkan dengan bau hangit dan bunyi letupan kecil.

“Saya hanya sempat menyelamatkan duit belanja milik abang kandung yang disimpan di dalam sebuah beg galas dan keluar dari rumah bersama anak,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang sebelum sepasukan 29 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, kebakaran itu melibatkan dua unit rumah teres dua tingkat termasuk rumah mangsa yang hangus 100 peratus manakala sebuah lagi hangus 80 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal pasukan menyelamat dalam masa 15 minit. Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya