Herman Tino serik bertanding pilihan raya

Herman Tino serik bertanding pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Herman Tino, 68, serik untuk bertanding dalam pilihan raya lagi walaupun mempunyai pengalaman itu ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi Parlimen Tanjong Karang.

Pernah bertanding menggunakan tiket bebas, namun hanya mampu meraih 340 undi di kerusi tersebut, Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, kini mahu memberi fokus dalam bidang seni sepenuhnya.

Katanya, senario politik yang penuh rencam ketika ini turut memberikannya inspirasi menghasilkan lirik lagu baharu.

“Yang ku fikir bukan kahwin lagi, ku fikirkan kerana bangsaku. Berkuasa, tidak menguasai. Menikmati tidak memiliki. Itu antara baris lirik yang saya fikirkan dalam lagu baharu.

“Apapun, saya biarkan dahulu situasi politik bertenang dan apa-apa yang berlaku, saya akan rakamkan lagu baharu nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Pada PRU13, Herman hilang wang pertaruhan, sekali gus menyaksikan kegagalan dalam pentas politik demokrasi tanah air.

Kerusi Parlimen tersebut dimenangi oleh Tan Sri Noh Omar dari Barisan Nasional dengan memperoleh 20,548 undi, manakala calon PAS, Mohamad Rashdi mendapat 16,154 undi.

Dalam pada itu, Herman berharap agar ahli politik lebih menghormati golongan karyawan, seniman dan budayawan seperti di India yang mempunyai kebebasan untuk mengekspresikan kepincangan dalam pentadbiran negara.

“Menerusi filem, mereka boleh paparkan wakil rakyat yang makan rasuah, kepincangan pemimpin dan anggota polis. Namun, berbeza di Malaysia yang ternyata tidak boleh. Itu sebabnya lahir golongan muda yang buta sejarah.

“Disebabkan itu, saya pernah bertanding atas tiket bebas, namun sayangnya tidak dilihat rakyat sebab orang politik sangat berpengaruh dan berkuasa kerana ada peruntukan,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya